Friday 20 January 2012


ADAB BELAJAR

0
ADAB KETIKA BELAJAR :

  • Membaca doa sebelum belajar.
  • Memberi tumpuan ketika guru mengajar.
  • Duduk dengan sopan.
  • Tidak bercakap ketika guru mengajar.
  • Taat dan patuh arahan guru.
  • Meminta izin kepada guru untuk bertanya.
BACAAN DOA SEBELUM BELAJAR :

Terjemahan dalam Bahasa Melayu : " Ya Allah, limpahkanlah daku dengan ilmu pengetahuan, hiasilah daku dengan kelembutan, muliakanlah daku dengan ketaqwaan dan segala pujian bagi Allah tuhan sekelian alam."

BACAAN DOA SELEPAS BELAJAR :

Terjemahan dalam Bahasa Melayu : " Ya Allah, ingatkanlah kepada kami apa yang telah kami lupa, dan ajarkanlah kepada kami apa yang kami tidak tahu, dan kurniakanlah kepada kami keupayaan untuk membaca pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah ( ilmu ) sebagai hujjah untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekelian alam ."

FADHILAT BERADAB KETIKA BELAJAR :

  • Membentuk peribadi dan akhlak yang mulia.
  • Memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.
  • Dipandang mulia oleh orang lain.
  • Ilmu yang dipelajari diberkati.
  • Mudah ingat dan faham pengajaran guru.
          

                  **** PENGHAYATAN****

" Orang yang berilmu tidak mudah ditipu oleh orang lain "

" Kunci ilmu adalah membaca "



ADAB BERJIRAN

0
DEFINISI : Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling atau berhampiran dengan rumah kita.

DALIL ADAB BERJIRAN :


Firman Allah s.w.t dalam Surah An Nisa' Ayat : 36. Ertinya : " Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua ibu bapa, kawan karib, anak-anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.


ADAB-ADAB BERJIRAN :



  • Bertolak ansur.
  • Saling menziarahi jiran.
  • Sentiasa menghargai jasa jiran.
  • Memelihara kehormatan dan harta jiran.
  • Sentiasa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
  • Mengucapkan tahniah kepada jiran yang mendapat kejayaan.
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan jiran.
  • Menegur secara berhemah.
  • Memberi keutamaan kepada jiran yang dekat.
FADHILAT BERADAB DENGAN JIRAN :

  • Hidup tenang dan aman.
  • Menjalin persaudaraan.
  • Masyarakat bersatu padu.
  • Disukai Allah dan Rasul.
  • Melahirkan suasana yang ceria.
  • Mudah untuk meminta pertolongan.
  • Disukai ibubapa, guru dan masyarakat.
  • Eratkan silaturrahim.
AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN :

  • Kehidupan tidak tenang.
  • Terpinggir daaripada masyarakat.
  • Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
  • Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir.

                                        " JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT "

ADAB BERKOMUNIKASI

0
DEFINISI : Satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindakbalas.

ADAB MEMINTA IZIN SEBELUM BERKOMUNIKASI:

  • Memberi salam terlebih dahulu
  • Meminta izin untuk berbicara
  • Tidak menyampuk perbualan orang lain
DALIL ADAB BERKOMUNIKASI:

Allah telah berfirman dalam Surah Al Imran Ayat 159 bermaksud : Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan dari sekelilingmu.

AMALAN BERKOMUNIKASI SECARA ADAB :

  • Memberi salam terlebih dahulu.
  • Meminta izin untuk berbicara.
  • Tidak menyinggung perasaan orang lain.
  • Melihat situasi dan keadaan yang sesuai sebelum berbicara.
  • Memohon maaf jika terkasar bahasa.
  • Merendah suara dan bersikap merendah diri.
  • Mengucapkan percakapan yang baik dan berfaedah.
  • Bercakap lemah lembut dengan memandang muka pendengar.
  • Menyesuaikan percakapan dengan majlis yang dihadiri.

FADHILAT BERADAB KETIKA BERKOMUNIKASI :
  • Maruah terjaga.
  • Disayangi masyarakat.
  • Mengeratkan silaturrahim.
  • Melahirkan suasana harmoni.
  • Menjauhi prasangka buruk dan salah faham.
  • Mendapat keredhaan Allah dan terpelihara dari gangguan syaitan.

Monday 2 January 2012


Selamat Tahun Baru 2012

1
Assalamualaikum

Selamat menyambut tahun baru 2012, semoga sentiasa sukses dalam setiap apa yang dilakukan...pulun...jangan tak pulunnn...ahakss!