Friday 20 January 2012


ADAB BERKOMUNIKASI

0
DEFINISI : Satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindakbalas.

ADAB MEMINTA IZIN SEBELUM BERKOMUNIKASI:

  • Memberi salam terlebih dahulu
  • Meminta izin untuk berbicara
  • Tidak menyampuk perbualan orang lain
DALIL ADAB BERKOMUNIKASI:

Allah telah berfirman dalam Surah Al Imran Ayat 159 bermaksud : Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan dari sekelilingmu.

AMALAN BERKOMUNIKASI SECARA ADAB :

  • Memberi salam terlebih dahulu.
  • Meminta izin untuk berbicara.
  • Tidak menyinggung perasaan orang lain.
  • Melihat situasi dan keadaan yang sesuai sebelum berbicara.
  • Memohon maaf jika terkasar bahasa.
  • Merendah suara dan bersikap merendah diri.
  • Mengucapkan percakapan yang baik dan berfaedah.
  • Bercakap lemah lembut dengan memandang muka pendengar.
  • Menyesuaikan percakapan dengan majlis yang dihadiri.

FADHILAT BERADAB KETIKA BERKOMUNIKASI :
  • Maruah terjaga.
  • Disayangi masyarakat.
  • Mengeratkan silaturrahim.
  • Melahirkan suasana harmoni.
  • Menjauhi prasangka buruk dan salah faham.
  • Mendapat keredhaan Allah dan terpelihara dari gangguan syaitan.

0 comments:

Post a Comment