Friday 20 January 2012


ADAB BELAJAR

0
ADAB KETIKA BELAJAR :

  • Membaca doa sebelum belajar.
  • Memberi tumpuan ketika guru mengajar.
  • Duduk dengan sopan.
  • Tidak bercakap ketika guru mengajar.
  • Taat dan patuh arahan guru.
  • Meminta izin kepada guru untuk bertanya.
BACAAN DOA SEBELUM BELAJAR :

Terjemahan dalam Bahasa Melayu : " Ya Allah, limpahkanlah daku dengan ilmu pengetahuan, hiasilah daku dengan kelembutan, muliakanlah daku dengan ketaqwaan dan segala pujian bagi Allah tuhan sekelian alam."

BACAAN DOA SELEPAS BELAJAR :

Terjemahan dalam Bahasa Melayu : " Ya Allah, ingatkanlah kepada kami apa yang telah kami lupa, dan ajarkanlah kepada kami apa yang kami tidak tahu, dan kurniakanlah kepada kami keupayaan untuk membaca pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah ( ilmu ) sebagai hujjah untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekelian alam ."

FADHILAT BERADAB KETIKA BELAJAR :

  • Membentuk peribadi dan akhlak yang mulia.
  • Memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.
  • Dipandang mulia oleh orang lain.
  • Ilmu yang dipelajari diberkati.
  • Mudah ingat dan faham pengajaran guru.
          

                  **** PENGHAYATAN****

" Orang yang berilmu tidak mudah ditipu oleh orang lain "

" Kunci ilmu adalah membaca "


0 comments:

Post a Comment